Petang smlm MN duduk2 minum kopi kat beranda rumah MN yang menghadap tasik dan gunung ganang yang menghijau ( hahaha, berangan kan? Padahal minum kopi depan tv jaa sambil tgk cerita Jepun NInja Warrior..)..Tgh dok syok kunyah biskut MissMarry tetiba henpon MN berbunyi....
Tuiittt..tuitttttt...tuitttt..tutuitt..taratuitt tuitt..
MN: Assalamualaikum wbt...Sape di sana?
XX: W'kumsalam..hi dik hangggg..( dengaq suara pun dah cam )
MN: Owh, kak hangg ker..Awatnya?
XX: Nie kak hang nak suruh masukkan satu story kat dalam blog..Biaq semua orang tauu..
MN: Story apa itiewss..? Melerts takk?
XX: Harusleaww...nih nak cerita nie...
MN: Ok, ok..sat nak buka volume henpon..line tak kliaa! ( tutttt, tekan bagi volume henpon ke
tahap maksima )
XX: Ishh, lambatnyaa, x sabaq2 nak cerita nie..
MN: Satla kak hangg oii...Ni dik hangg terketaq2 biji nak dgq cerita nih, sabaq sat nak adjust volume..Ok..Ceritalah..Tak hot jaga..!!!
XX: Ni kak hangg geramla dik dgn sorang pondan ni..Dia suka caras rezeki orang taww..Orang 2
kak hang boleh kategorikan hidung paling kembang di dunia...Boleh tak baru-baru ni Romzy suruh dia dok kedai, jaga kedai sebab yang lain2 kena hantaq jaga wedding fair kat CMART & TESCO...Pastu pondan ni boleh takk dok kedai takdak keja lain, call customer yang booking
makeup ke rumah..Yang malangnya, customer yang pondan kembang hidung tu call tu masa mula2 mai Romzy dulu kak yang PR..sO bila kak PR dia of course lah kak yang akan makeupkan dia masa dia kawin nanti...Si pondan ni pancing customer ambil makeup kat dia...Taktaulah dia perayat apa kat customer, tuptup customer yang deal dari awal dulu dgn kak cancel takmau ambik kak mekap..Customer tu nak si pondan hidung kembang tu makeupkan dia..Sakittt hati nyah tuhan yang tauu...Nyah tau tak kak rugi RM3-4 RATUS kalau sorang customer reject kak makeupkan dia..Kalau nyah naktau, bukan sorang dua okey, lima enam orang dia caras..Tak ke kak jatuh muflis, xlah sampai bank cop bankrap kalau pondan tu buat kat kak mcm ni..Kak sedih dik, sedihhhh...( MN terdengar bunyi org menangis )..pastu bla...bla...bla...bla...Customer tu pun bodoh, percaya cakap dia..Dia tak tau kak sapa..MAKEUP ARTIST PALING POPULAR KAT UTARA, ni kak nak ulang dik jangan lupa highlight dalam blog tau, kot2 ada orang booking MAKEUP ARTIST PALING POPULAR KAT UTARA..!! haaa, biaq semua orang tau kak ditimpa bala perbuatan khianat kawan2..
MN: Ye ke, hmmm dik taktaulah nak kata apa..Perlu ke tutup2 pintu rezeki orang nyahhh..Dik
hangg pun penah kena lebih teruk dari tu sampai berhenti kerja..opsssss!!!
XX: Ya ka..? Dik hangg pun penah kena ke? Teruk takk? Sapa orang itiews?
MN: Tanakkkkla cerita.. Biar semua tu jadi kenangan yang terindah..
XX: Hmm, jangan lupa tau boh dalam blog, geram btoi kak hg kalau orang buat macam ni..Ni lagi satu, jangan lupa boh gambaq kak hang dalam blog tu skali tau..
MN: Nak buat apa?
XX: Saja laa..Kak nak jugak expose dalam blog hang..Kena bayaq takk?
MN: Kalau kat orang lain dik hangg charge satu patah perkataan RM100.. Kalau kat kak hang dik hang charge RM50/patah perkataan, ok kann?
XX: Ya kaaa? tutttttttttttttttttttttttttttttt ( dok tak dok line tepon putus...taktau pasaipa?? )
p/s : janganlah menutup pintu rezeki orang..Ingatlah sekali kita tutup pintu rezeki orang, tak mustahil suatu hari nanti Allah SWT akan menutup pintu rezeki orang itu sehingga dia kembali ke pangkal jalan..
CERITA DI ATAS ADALAH REKAAN SEMATA-MATA TIADA KENA MENGENA ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG MENINGGAL DUNIA. JIKA ADA, IANYA HANYALAH KEBETULAN SAHAJA ( BTUL KE?)
Monday, July 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment